Tuesday, July 31, 2012

Bersahur sama family...

                    Pagi tk saho makan sayo rebong, ikan lumek, nasik kosong...lamak xmakan sayo rebong masak leh mak t'sayang..nyaman gilak2, nasik tambah..he2...lum gk B. Kimi ngan B. Mus n family atang.. mesti best gk bh..rindu nk berami...p xpa, 2-3 minggu gk rami la umah tk..

Rindu...

   Teringat la tyme kt Infra pulak...hu3..kalo tyme nie lim nk tdo ag..dudok2, lepak..tengok tv....ntah bile dapat jumpe ngan kawan2 ag..

Friday, July 27, 2012

Hening di suboh hari.....

                  Bersama kgkawan lepak di lobi asrama...gelak tawa dorg pasti menjadi ingatan serta kenangan di lubok hati ini..persahabatan di antara berlainan negeri, loghat berbeza..1 Malaysia je xde..ha3.....tergelak sorang2 tapi kt hati sedih..lelaki xkn menangis depan orang tetapi di hati..segagah mane lelaki, mesti ade rase sedih..
                 Kawan2 sume, kt sini nk mntk ampun & maaf jika ada salah silap s'pnjg keberadaan di sini...segala perlakuan yang kurang menyenangkan n sewaktu dengannya ye...sume org mesti dan xde yang xpenah wat silap kn.. Sedih hati xterus2. cuma yang tahu je yg tahu...
               

Thursday, July 26, 2012

Cukup la a...udah2 agik bh......

        Menari dengan bayang-bayang.....ya jak dapat ku samakan dengan kau...semakin jauh aku berekot, laju agik kau ngekot dari blakang..silap aku bait gilak dengan kau...aku tauk kau mbulak aku bah...p aku pikir positif...p bila dh jdi cmya, bagus pergi jaoh2 kau bayang-bayang...mun aku udah sekda, baruk kau ilang kali nk..

I'm Coming Home...

        2-3 ari agik balit negri dkpun dh...balit Sarawak..pegi dolok sorg, balit tk pun sorg2..hu3...kira nk balit ahe  sikit, p cdak INFRA tk hampeh...nk rawon2alu xjadi..
             Sepanjang 4 bulan lebih kt sitok, banyak nk ku apat...nk bagus, xbagus, duak2 sama jak..janji pandey ngembak dirik...mun xpandey alu anyut,sekda hala tuju kali..blaja, makan, tdo, maen...ya jak dipalah kt sitok..kt kampung tk, macam2 nk dipalah kali..kawan.....da kawan bagus, da juak sik..pandey milih ok..sik pandey, alu sakit ati...
             Infra... sik berasa masa berlalu, blaja2 jak nk eh..makseh ngan cdak Infra merik kursus tk..Kursus Homestay Koordinator Tahap 3...nk balit tk,mupok sikit2 malah homestay...try kt umah dolok,mun dh ada respon bagus...daftar kt KPL..InsyaALLAH.....
             Exam final ritok, amali...malah pakej pakei homestay...marek exam teori, alhamdulillah lulus a...makseh mak n suma doakan aku... :)..tk nggu nk presentation agik...nabes bah..gya upa PPL, lawak...nangga muka, alu nk tetak..p tetak a, blakang nya la...

Wednesday, July 18, 2012

Abis Udahhh.....

Lepas udah kenabesan dirik pas abis persembahan kebudayaan siang tadik...pandey salah step nah..aduiii...p sik la banyak gilak lupak...instrumen pun ok jak...sigek jak di bingong, final exam tk agik...YaAllah, permudahkanlah exam final tk aku...kepadaMu ku b'mohon...

Tuesday, July 17, 2012

Esok kito bertandak wey!!!!!

Nabes rasa tk nyawa aie...tkut2 lidah keruk, salah step, xpndey nk maluk tong...hu3..baju dh iron 3-2 ari dolok...sapa menang pat hadiah, hadiah pa xtauk la..pa2 janji apat malah persembahan..doa2 suma ea b'jalan ngan lancar...Amin3

Monday, July 16, 2012

LAFAZ NIAT


Lafaz niat untuk puasa harian di bulan RamadhanErtinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
niat puasa sebulan
Lafaz niat puasa untuk sebulanErtinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala

FADHILAT RAMADHAN

Adab berpuasa dan solat terawih

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);
5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei) 

Sumber: akhbarweb
Manja & Mafia


Dorg niela jadi guide ktorg tyme kt Homestay Barakat xjaoh dari Pulau Tuba, Langkawi.

Dorg nie xgigit org, patuh lagi de la...Teringat ngan B.Ujang, driver ktorg.. "Go here" tapi tangan tunjuk kt len...smpai skrg nie pun ktorg gune word tu...naik gelak dengar bila B.Ujang ckap cmtu...





Briefing tyme
Tekun En. Saiful memberi taklimat kepada ktorg. "Esok korg kne cari kepah, siput sedut, ompon-ompon. Kepah sekilo, siput sedut sekilo gk, ompon-ompon tu cari 10 ekor sorg.."..xdelah gurau je...memang fun la kt sini...bak kata Emi(member), rugi kalau tdo kt sini xde wt pe2 xtvt a..




Ceramah Pagi oleh En. Saiful (tajuk xngat la)
Ceramah pagi yang tajuk nye xngat a, mybe tugas sebagai hamba Allah kot..de gk maklumat yg ktorg dpt, slaen tu memotivasikan diri ini... ;)..

to be continue....As-salam...

bertemu kembali di wall nie...baru pas g makan2 kt Homestay Infra..b4 tu de wt pengemasan sket, pastu masak2...full perut nie a..pe2 pun alhamdulillah... 

continue ngan gambar sbelum nie...
Aktiviti mencari kepah


Aktiviti nie ktorg wt pas bis riadah, jalan2 kt kpg...sakit belakang,kaki pun sme..p de gk hasilnye..ckup la wt BBQ pada mlmnye...klo kt Sarawak, menggaris lokan...p kt kwsn pokok bakau la...sini kwsn pantai..yang b'baju kuning tu saye n baju hitam tu budak Homestay Bukit Gantang, Perak...sme team..cari2, jgn xcari...



Shareel, Faizal n Emy tyme kt Tasik Dayang Bunting
Nie tyme bersantai kt Tasik Dayang Bunting, banyak org pegi...pegi kne naek bot..klo de bawak life-jacket, dapat la mndi2 kt sini...nk sewa pun dh 5inggit..bapak dye kan..sape2 yang xleh nk bunting leh la g sini...he2...gurauan semata2..klo Allah nk bagi, Allah akan bagi...

Wednesday, July 11, 2012

Salam...nite..lepas 2 hari berehat lepas balik dri Langkawi...puas gk round2 area2 situ..pulau lawa, best2 a...rasa x nk balik pulak...insyaallah ada rezki nk pegi lagi la..bawak famly sume...t la uplod gambar2, line xberapa elok a...

Monday, July 2, 2012

salam...demam bola melanda, dhla match pagi hari..pe2 pun, tahan je la..semata2 nk tengok final nie..tggu je result nye t..

Sunday, July 1, 2012

tadi uncle kol dari Brunei...lame gk borak...dye la uncle paling rapat ngn saye..sedih dgr ble dye ckap nenek xsihat...m'nitis air mata xsedar pun..yaAllah, hanya Kau yang tahu ape yang terlintas di fikiran ini dan terdetik di hati...
as-salam...bismillahhirrahmanirahim..
mggu nie balik g Kpg. Ampangan, rumah nye Anis..kawan baik saye, saing blaja kt Infra (Institut Kemajuan Desa) dekat Bangi...dulu tahap 2,tyme nie dh tahap 3..mase fit,macam2 xtvt de..tu kelas menari, gurindam, muzik instrumen nye lagi...
kadang2 t'fikir gk, nape leh blaja lagi...mybe de hikmah di sebaliknye ea..kt Infra,saing blaja de la 10 org cmtu...4 laki, 6 pmpuan..xleh wat pe, ade yang xleh nk pegi..klo x, mmg meriah a..pe2 pun akan saye teruskan blaja smpei bila2 pun..blaja kt Infra nie, insyaAllah hujung bulan dh habis a..sedih rase nye, bab ktorg dh mcm adik-beradik a...luv u'all..
ape yang saye tahu, nk tuntut ilmu smpei tibe ajal nie...ilmu dunia dan paling penting ilmu akhirat...